Pelakon, Mimi Lana menuntut keadilan kematian pelajar sekolah agama, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, yang dikaitkan dengan dakwaan buli di Papar, Sabah, pada 16 Julai lalu. 

Artikel Berkaitan: ‘Kubur Arwah Perlu Digali Semula, Saya Mahu Tahu Punca Sebenar Kematian’ – Ibu Zara Qairina

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Lana Tak Lepas Peluk Syafiq Kyle Di ‘Wedding’ Eyka Farhana, Netizen Berseloroh – ‘Ya Tahu, Kami Tak Ambil Suami Awak’

Mimi Lana bersuara

Menerusi Instagram (IG), Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin dengan tegas meluahkan kemarahannya terhadap sistem yang dipercayai gagal membantu adik Zara meskipun sudah berkali-kali memberi bayangan dan isyarat mengenai penderitaan yang dihadapinya.

Kita perlu keadilan untuk adik Zara, SEKARANG!

Adik Zara, seorang murid sekolah, berulang kali menyuarakan penderitaan dia, menyebut satu persatu nama pembuli yang menyeksa dia secara fizikal dan mental.

Dia dah minta tolong, dia dah bagi petunjuk tapi suara dia tak pernah benar-benar didengari sehingga dia akhirnya ‘pergi’.

Zara telah dibuli!

Tambah pelakon filem ‘The Experts’ itu, meskipun punca kematian Zara masih dalam siasatan namun itu tidak boleh menyangkal bahawa remaja berusia 13 tahun itu maut akibat dibuli.

Sama ada dia dibunuh atau tidak, faktanya adalah di dibuli dan pembuli-pembuli itu masih bebas di luar sana.

Apa lagi yang kita tunggu? Sampai ada lagi budak yang terkorban baru nak bertindak?

Kita tak boleh diam lagi. Benda ni dah jadi barah dalam masyarakat. Budaya buli di sekolah bukan hal biasa.

Ia bunuh jiwa, bunuh harapan, dan kali ini, ia bunuh nyawa.

Di akhir hantaran, isteri kepada pelakon Syafiq Kyle ini menitipkan doa buat Zara agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam syurga Allah SWT.

Sekadar info, Zara Qairina ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar pada pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital keesokannya.

Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.

Sumber: Instagram Mimi Lana