Pempengaruh media sosial iaitu Aisyah Habshee menyertai kursus Bantuan Kecemasan Jantung (CPR) bagi menambah ilmu dan mempersiapkan diri untuk membantu insan memerlukan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dapatkan Bantuan, Bawa AED & Buat CPR Segera’ – Dr Malar Kongsi Tips Berhadapan Situasi Cemas Serangan Jantung

Artikel Berkaitan: Lelaki Dedah Siti Nurhaliza Ada Bersama Yasmin Ahmad Ketika Diserang Angin Ahmar 15 Tahun Lalu – ‘Dia Beri Bantuan Pernafasan Pada Yasmin’

Aisyah belajar CPR

@aisyahhabshee

I learned first aid and CPR for my kids’ safety. But ya Allah, please don’t let us ever be in a situation where I have to use it. Keep us safe and healthy always #muhsinyusni #aisyahhabshee #fyp

♬ original sound – Aisyah Habshee – Aisyah Habshee

Menerusi TikTok, Aisyah berkongsi beberapa momen sepanjang dirinya menyertai kursus tersebut seperti mendengar taklimat serta amali melakukan bantuan pernafasan dengan betul.

Ujar Aisyah, dia menyertai kursus tersebut sebagai persediaan untuk membantu ahli keluarga sekiranya berdepan dengan situasi kecemasan di masa akan datang.

Saya belajar pertolongan cemas dan CPR untuk keselamatan anak-anak saya.

Tetapi ya Allah, tolong jangan biarkan kami berada dalam situasi di mana saya perlu menggunakannya.

Semoga kami selamat dan sihat selalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Aisyah yang memberi pengaruh yang baik dalam masa yang sama memberi kesedaran kepada orang ramai untuk membuat persediaan bagi orang tersayang.

Komen netizen

Sumber: TikTok