Pelakon Datin Atikah Suhaime kini berjaya mendapatkan bentuk badannya seperti dahulu iaitu sebelum menimang cahaya mata pertama.

Artikel Berkaitan: ‘Setiap Kali Berjaya Lakukan Senaman Berat, Saya Hadiahkan Diri Sendiri Dengan Emas’ – Atikah Suhaime

Artikel Berkaitan: Suami Atikah Suhaime Dedah Tidak Malu Pakai Baju Murah – ‘Kenapa Perlu Pakai Jenama Terkenal Untuk Berasa Yakin?’

Dah kurus

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, meluahkan rasa kagum atas usahanya untuk mengurangkan berat badan.

Selepas diet yang sihat, bersenam, kardio dan menangis semasa pilates.

Saya tak percaya. Badan hampir sama macam dulu sebelum ada Mulan.

Dalam pada itu, Atikah sempat berseloroh untuk menambah cahaya mata kedua.

Nak ada baby satu lagi ke macam mana? Sejak saya dah kurus ini.

Sekadar info, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Lokman pada 21 Januari tahun lalu.

Hasil perkahwinan, pada 8 Mac lalu, Atikah berkongsi berita gembira dengan mengumumkan sudah selamat melahirkan puteri sulung yang diberi nama Lyla Mulan Teh.

Terdahulu, Atikah sering berkongsi rutin senaman hariannya selepas melahirkan anak pertamanya, Lyla Mulan Teh.

Sumber: Instagram @therealatikahsuhaime