Tindakan spontan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menghiburkan penumpang dalam sebuah pesawat telah menyorot perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pencapaian Siti Nurhaliza Dipapar Dalam Buku Teks Sekolah Filipina, Netizen Bangga – ‘Memang Seorang Legenda’

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Seru Banteras Gejala B*li – ‘Terapkan Dalam Hati, Setiap Manusia Berharga’

Atas awan

@hasbulbrothers

Siapa sangka… Dalam flight menuju Jogja, kami terserempak dengan biduanita negara, Dato Sri Siti Nurhaliza @ctdk Kami sangat teruja berpeluang mendengar secara langsung nyanyian istimewa oleh beliau di dalam flight. Yang lebih luar biasa, ICON Hasbul Brothers sendiri sempat berpeluang menyanyi bersama menghiburkan penumpang di samping merakam kenangan bersama. Terima kasih @Siti Nurhaliza hiburkan kami! #hasbulbrothers #sitinurhaliza #tokti #konsert #fyp

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu meluahkan rasa teruja apabila secara kebetulan dapat menaiki penerbangan ke Jogja, Indonesia bersama Siti Nurhaliza.

Pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin, 46, menyanyikan dua buah lagu iaitu Bukan Cinta Biasa dan Menamakanmu Cinta.

Siapa sangka, dalam penerbangan menuju Jogja, kami terserempak dengan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kami sangat teruja berpeluang mendengar secara langsung nyanyian istimewanya dalam pnerbangan.

Terima kasih hiburkan kami.

Pujian netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkasima dengan kelunakan suara pelantun lagu Anta Permana itu meskipun hanya menggunakan sistem interkom pesawat tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka juga menyifatkan Siti Nurhaliza sebagai selebriti yang merendah diri kerana memilih kelas ekonomi.

Sumber: TikTok Hasbul Brothers