Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri meluahkan rasa syukur dengan keputusan yang diperolehnya dalam peperiksaan peringkat ijazah sarjana.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Isteri Fizo Omar Bantu Maryam Siapkan Kerja Sekolah – ‘Ibu Tiri Yang Patut Dicontohi’

Artikel Berkaitan: Isteri Fizo Omar Kecewa Sering Ditanya ‘Tak Penat Ke Hamil Jarak Dekat’ – ‘Kenapa Soalan Ini Mesti Datang Dari Kaum Wanita?’

Tahniah Fazeera!

Menerusi hantaran di Instagram Story, Fazeera atau nama penuhnya Fazeera Nazri Azri tidak menyangka mampu meraih gred cemerlang bagi keempat-empat subjek semester dua, meskipun menduduki peperiksaan ketika tempoh berpantang.

Sumpah, saya menangis di bahu suami saya. Buat peperiksaan ketika dalam pantang, siapkan kertas konsep 30 muka surat dalam masa kurang daripada dua minggu. Ya Allah, syukur!.

Dalam pada itu, Fazeera mengakui pencapaian itu bukan datang bergolek, sebaliknya pelbagai pengorbanan. Malah dia mengakui bahawa kehadiran anak-anak banyak mengubah cara dia melihat dan mengurus kehidupan.

Pertama sekali, saya jadi lebih disiplin dengan masa kerana saya tahu masa itu sangat penting untuk menguruskan kehidupan seharian.

Contohnya, sehari sebelum, saya sudah tetapkan jadual apa yang perlu dibuat keesokan harinya. Kalau tidak, saya akan bangun pagi dengan rasa sangat rugi.

Saya akan susun masa untuk buat siaran langsung, masa untuk menyiapkan tugasan, dan masa untuk bersenam.

Peranan sebagai isteri dan seorang ibu

Selain itu, Fazeera juga menyifatkan kehadiran cahaya mata membuatkan dia dan suami lebih menghargai masa berdua.

Sekarang, kami sentiasa mencari masa sekurang-kurangnya untuk berborak, saling berkongsi perkembangan dan sasaran bersama.

Di rumah, saya bukan sekadar seorang isteri lagi kerana saya sibuk menjadi seorang ibu.

Jadi, kami akan rancang masa bersama ketika anak tidur pada pagi hujung minggu, atau keluar berdua selepas Subuh semata-mata untuk dapat bertentang mata.

Bagi Fazeera, pengalaman bergelar seorang ibu banyak mengajarnya tentang dunia keibubapaan, selain menyedarkan bahawa setiap ibu bapa memiliki cara tersendiri dalam mendidik anak-anak

Mengakhiri perkongsiannya, Fazeera sempat menitipkan kata-kata semangat buat ibu-ibu di luar sana agar tidak terlalu tertekan serta terbeban dalam menguruskan rumah tangga dan membesarkan anak-anak.

Sumber: Instagram Fazeera Nazri