
Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida menafikan dakwaan netizen mengenai anak sulung, Ammar Ahyan yang didakwa takut akan bapanya.
Artikel Berkaitan: Shahida Bangga Ammar Ahyan Menyanyi Depan Orang Ramai – ‘Yang Penting Yakin, Suara Nombor Dua’
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Terkejut Selepas Tahu Yuran Universiti Ammar Ahyan, Ambil Asasi Sebelum Sambung Ke Luar Negara
Ammar Ahyan dibesarkan dengan baik
Menurut pemilik nama Nur Shahida Mohd Rashid itu, Ammar Ahyan telah dibesarkan dengan baik dan tidak pernah sama sekali berdepan ketakutan seperti yang disangka netizen.
Alhamdulillah anak saya tak trauma, membesar elok ja.
Cukup makan, cukup pakai dan sihat tubuh badan.
Shahida berkongsi perkara tersebut menerusi ruangan komen seorang pengguna di aplikasi Threads.
Terdahulu, seorang pengguna berkongsi dialog temu bual Ammar Ahyan yang mengatakan dirinya tidak berani untuk berseronok di hadapan Aliff Syukri.
Kenyataan itu kemudiannya membuatkan segelintir netizen mendakwa anak pertama daripada enam beradik itu seakan trauma setiap kali bersama bapanya.
Posting Threads

Sumber: Threads








