Pengacara Roslan Shah tidak menolak takdir jika dijodohkan dengan usahawan terkenal Datuk Seri Vida.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] DSV Belanja Cik Lan ‘Handphone’ Harga Lebih RM7k, Netizen Usik Bila Nak Kahwin? 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terhibur Cik Lan Geli Azlee Senario Peluk Dari Belakang – ‘Nak Kahwin Dengan Datuk Seri Vida Kena Straight’

Kahwin dengan DSV?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Roslan Shah atau lebih mesra disapa Cik Lan memberitahu, bahawa dia enggan menganjurkan majlis perkahwinan secara besar-besaran.

Selorohnya, Cik B atau atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, akan menjadi orang pertama yang akan didukung.

Kalau dia boleh terima, kalau kita jodoh, kita tak nak buat besar-besaran.

Kalau peminat doa dan restu.

Saya kalau kahwin dengan DSV, pertama sekali saya nak dukung Cik B.

Macam mana Cik B dukung saya.

Dalam pada itu, Cik Lan memaklumkan bahawa hubungan bersama Vida lebih akrab apabila sering kali membuat panggilan video.

Kita selalu buat video call.

Dia datang rumah saya di Kuala Lumpur.

Dia buat bisnes, kita tolong-tolong.

Terdahulu, telatah Vida dan Cik Lan telah mencuit hati warganet ketika mereka bersama-sama melakukan aktiviti ‘paranormal’ baru-baru ini.

Sumber: TikTok @sembangseram