![[VIDEO] Penangan Nora Danish, Kopiah Putih Terus ‘Sold Out’ – ‘Siapa Beli Tag Saya’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/nora-danish-kopiah.jpg)
Dengan hanya durasi tiga saat, video yang dimuat naik oleh pelakon terkenal, Nora Danish di TikTok mempromosikan kopiah berwarna putih kini sudah habis terjual (sold out).
Artikel Berkaitan: Nora Danish Muat Naik Foto Lelaki Berkopiah, Netizen Dakwa Sedang Jalin Hubungan Dengan ‘M’ – ‘Jaga Baik-Baik Ya’
Artikel Berkaitan: Nora Danish Nafi Sudah Rujuk Dengan Nedim
Sold out!

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif, 43, yang dipercayai merupakan seorang affiliate di platform itu memuat naik videonya mencium kopiah.
Siapa beli, sila tag saya. Saya mahu lihat.
Hantaran itu kemudiannya menarik perhatian orang ramai yang rata-ratanya kagum dengan kehandalan Nora dalam mempromosikan barang.
Menjengah ke ruangan komen, netizen berseloroh kopiah berwarna putih sudah habis terjual dek kerana penangan Nora.
Dalam kesempatan itu, netizen sempat menyelit berseloroh menyatakan mereka sudah menemui pemilik kopiah berwarna putih itu dan mendoakan kebahagiaan mereka.
Komen netizen


Sumber: TikTok






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

