Pelakon veteran, Normah Damanhuri tidak dapat menahan air mata apabila menerima kejutan istimewa daripada anaknya yang juga usahawan, Kak Nona.

Artikel Berkaitan: Kak Nona Dahulukan Kongsi Rezeki Dengan Keluarga, Ajar Anak-Anak Cari Duit Poket Sendiri – ‘Mereka Perlu Belajar Dari Bawah’

Hadiah bilik

Menerusi hantaran di TikTok, Kak Nona atau nama sebenarnya Rose Azlin menghadiahkan sebuah bilik yang telah direnovasi semula sehingga menyerupai bilik hotel mewah.

Menurut Kak Nona, bilik itu mengambil masa tujuh bulan untuk disiapkan lengkap dengan perabot serba baharu demi keselesaan ibunya.

Ini lah hari yang saya tunggu-tunggu untuk beri kejutan pada mama. Saya dah tunggu lama untuk momen ini.

Penantian selama tujuh bulan saya siapkan bilik untuk mama. Semoga mama gembira dan selesa. Love you mama.

Dalam video berkenaan, Normah dilihat dipimpin dua cucunya yang juga anak kepada Kak Nona sambil matanya ditutup sebelum dikejutkan dengan bilik baharu tersebut.

Tidak mampu menahan sebak, Normah meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kak Nona serta keluarga atas hadiah penuh bermakna itu.

Secara berseloroh, pelakon berusia 69 tahun itu turut berkata, dia tidak sabar untuk tidur di atas katil baharunya.

Sumber: TikTok