berita

Anak Saudara Kak KM Mahu Sambung Legasi, Ikut Jejak Normah Damanhuri Dalam Lakonan

November 1st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Fitri Farok

Cucu kepada pelakon veteran terkenal, Normah Damanhuri iaitu Fitri Farok menyatakan tujuan dirinya menyertai program Herodewi Remaja 2023 adalah untuk mengembangkan lagi bakatnya.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Awak Berani Kena Sondol, Kaki Saya Saiz 11’ – Kak KM Beri Peringatan Buat Suami, Tolak Hidup Bermadu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Beri Normah Damanhuri Hadiah Gelang Emas 80 Gram, Taja Sambutan ‘Birthday’ Di Hotel

Sambung legasi nenek

Fitri Farok

Ketika ditemui OhBulan!, Fitri berkata, selain ingin menceburi bidang seni, pertandingan yang disertainya itu juga dilihat sebagai satu platform untuknya meneruskan legasi neneknya dalam bidang lakonan.

Mungkin ada orang di luar sana tidak mengenali, pelakon legend iaitu Normah Damanhuri merupakan nenek saya.

Tujuan saya menyertai program ini adalah untuk meneruskan legasi nenek saya dalam bidang seni. Saya akan menuntut ilmu yang banyak agar suatu hari nanti saya dapat menjadi pelakon yang berjaya.

Fitri berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pengenalan Finalis Herodewi Remaja 2023 yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.

Dalam pada itu, jejaka tinggi lampai berusia 24 tahun itu berkata, neneknya ada berpesan untuk yakin pada diri dan terus berusaha dalam pertandingan tersebut.

Nenek ajar saya macam mana nak baca skrip dan jadi lebih konfiden depan kamera.

Dia juga ada bagi nasihat pada saya dalam program ini, kata dia jangan takut dengan orang lain dan jadilah diri sendiri, usaha berterusan.

Fitri yang juga anak saudara kepada usahawan sensasi, Liana Rosli atau mesra dengan sapaan Kak KM berkata, ibu saudara itu turut berasa gembira apabila mengetahui dia menyertai pertandingan berkenaan.

Mak cik saya Kak KM pun happy gila bila tahu saya dapat masuk. Orang pun tahu kan perangai gila-gila dia macam mana. Saya seronok lihat keluarga saya happy.

SKIP THIS AD ×