![[VIDEO] ‘Odah..Kalau Dah Jadi Artis Nanti, Jangan Jadi Penyondol’ – Sharifah Shahirah Nasihat Anak](https://asset.ohbulan.com/2025/09/odah-sharifah-shahirah.jpg)
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menasihati anak perempuannya, Audra atau lebih mesra disapa Odah, supaya menjaga maruah diri dan tidak terjebak dengan kontroversi apabila melangkah ke dunia hiburan.
Artikel Berkaitan: ‘Artis Bukan Tidak Bijak, Tapi Perincian Dalam Kontrak Ada Masanya Mengelirukan’ – Sharifah Shahirah
Nasihat buat anak
Menerusi sebuah video lama yang kembali tular di TikTok, memaparkan pemilik nama Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 51, menitipkan pesanan kepada anaknya agar tidak menjadi orang ketiga yang meruntuhkan rumah tangga orang lain atau kini lebih dikenali dengan istilah ‘penyondol’.
Kalau dah jadi artis nanti, jangan jadi penyondol. Jodoh tu kita tak boleh kata apa, mama doakan. Tapi kalau boleh jangan lah menyondol.
Dalam pada itu, Sharifah tidak menafikan bahawa isu orang ketiga itu bukan sahaja melibatkan golongan selebriti, sebaliknya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Tambahnya lagi, itu merupakan salah satu ujian dalam berumah tangga.
Tapi kalau tak jadi artis pun banyak juga yang menyondol. Itu dugaan masing-masing.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh aktres itu.
Ramai yang berpendapat pesanan tersebut wajar dijadikan teladan buat generasi muda secara umum agar tidak terjebak menjadi punca keretakan rumah tangga orang lain.
Sumber: TikTok








