
Pelakon Korea Selatan, Byeon Woo Seok dilaporkan membeli sebuah kediaman mewah di Hannam The Hill, Yongsan-gu, Seoul pada harga 13 bilion won (kira-kira RM39 juta).
Artikel Berkaitan: Wonyoung IVE Beli Rumah Berharga RM43.78 Juta Secara Tunai Pada Usia 21 Tahun?
Artikel Berkaitan: Nak Beli Rumah Pun Susah? Ini Realiti Yang Dihadapi Generasi Muda Hari Ini
Byeon Woo Seok beli rumah secara tunai?

Menurut laporan media Korea, pelakon berusia 34 tahun itu membeli sebuah unit berkeluasan 235 meter persegi (sekitar 2,530 kaki persegi) dan dipercayai dibayar secara tunai tanpa membuat pinjaman perumahan.
Transaksi pembelian itu difahamkan dipersetujui pada Mei lalu sebelum bayaran penuh diselesaikan dan pemilikan rasmi dipindahkan pada 2 September.
Berdasarkan rekod pendaftaran hartanah, tiada gadai janji atau tuntutan cagaran maksimum didaftarkan terhadap kediaman berkenaan.
Susulan itu, sumber industri hartanah dan kewangan membuat andaian bahawa pelakon terbabit membayar keseluruhan harga pembelian menggunakan wang tunai.
Hannam The Hill merupakan antara kompleks kediaman mewah paling eksklusif di Korea Selatan. Kompleks itu dibina pada 2011 di bekas tapak Universiti Dankook dan mempunyai 600 unit kediaman yang terletak dalam 32 bangunan.
Hannam The Hill terkenal dengan unit kediaman yang luas, pembangunan berketumpatan rendah, landskap yang luas serta tahap privasi dan keselamatan yang tinggi.
Antara nama yang pernah dikaitkan dengan kediaman di kompleks itu termasuk pelakon So Ji Sub dan Ock Joo Hyun serta beberapa tokoh korporat terkenal.
Sumber: Koreaboo








