![[VIDEO] Netizen Terbeliak Mata Tengok Pengantin Perempuan Terima Mas Kahwin 88 Gram Emas – ‘Nilai Cecah RM45K’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/88gram-emas-mas-kahwin.jpg)
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan momen akad nikah pasangan pengantin, Farisya Azwin dan suami, Aiman.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aazief Khalid Selamat Bergelar Suami, Isteri Terima Satu Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Arwah Pengasas Dnars Selamat Bergelar Isteri, Terima Mas Kahwin RM17,777
Mas kahwin 88gram emas
Menerusi video tersebut, majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan itu bagaimanapun mencuri perhatian ramai apabila jumlah mas kahwin yang diberikan kepada pengantin perempuan menjadi bualan netizen.
Difahamkan, Farisya menerima mas kahwin berupa emas seberat 88 gram daripada suaminya.
Perkara itu turut mengundang pelbagai reaksi warganet yang pantas membuat kiraan di ruangan komen, dengan anggaran nilai emas berkenaan mencecah kira-kira RM45,000.
Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa kagum dengan pemberian tersebut, selain menganggap ianya sebagai simbol kesungguhan seorang suami dalam menghargai pasangannya.
Komen netizen


Sumber: TikTok Farisya Azwin





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)