
Penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan menitipkan doa kepada rakannya, Wani Kayrie yang kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nampak Sweet Buat Trend Tarian Lagu Raya, Netizen Doa Afieq Shazwan & Wani Kayrie Cepat Kahwin
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Afieq Shazwan Setia Menunggu Cinta, Wani Kayrie Belum Terbuka Hati – ‘Doa Yang Baik Saja’
‘Saya sampaikan salam kepada Rasulullah SAW’

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 28, berkata selain soal jodoh, dia turut mengirimkan doa untuk kesihatan dan rezeki.
Tapi doanya bagaimana bunyinya, itu terserah pada dia. Tetapi saya ada pesan pada dia supaya sampaikan salam kepada Rasulullah SAW
Dalam pada itu, Afieq menyifatkan pelantun lagu Cak Cak Cekuk itu cukup bertuah kerana berpeluang mengerjakan umrah pada hari sambutan Maulidur Rasul.
Saya ada beritahu, dia sangat bertuah kerana dapat pergi pada tarikh sambutan Maulidur Rasul dan dapat meluangkan masa sempena peristiwa istimewa ini.
Bulan ini tarikh lahir saya jatuh pada hari sambutan Maulidur Rasul.
Afieq berkata demikian ketika ditemui di tayangan perdana filem Abu Si Raksasa yang berlangsung di GSC Mid Valley, baru-baru ini.
Hubungan dengan Wani Kayrie

Ditanya mengenai hubungan akrabnya dengan Wani, Afieq berkata dia sudah bersedia untuk ke fasa yang lebih serius.
Saya sudah bersedia untuk melangkah ke tahap seterusnya. Saya sudah nekad, kalau tiada rezeki untuk sampai ke pelaminan, saya akan terus berusaha.
Sekarang ini saya ada untuk membuat persiapan sebab tengok ramai kawan-kawan lain dah berkahwin.
Bila tiba masanya, saya akan katakan ‘on’ sahaja. Lagipun perkara ini perlu persetujuan kedua-dua belah pihak.
Menyentuh soal persediaan kewangan, pelakon filem Abu Si Raksasa tidak menafikan dia sudah lama menabung untuk hari bahagia meskipun belum pasti bila tarikh tersebut akan tiba.
Nak kata cukup ke tidak simpanan kahwin tu subjektif, tapi saya rasa InsyaAllah dah cukup.
Tabung kahwin dah ada cuma saya tak tahu berapa keperluan untuk si dia yang saya nak melamar tu.
Ikutkan saya dah simpan duit kahwin lama dah sebab awalnya saya nak kahwin umur 24 tahun tapi tak ada rezeki lagi hingga sekarang.
Ujar Afieq, ibunya sentiasa memberi restu dan berharap agar dapat melihat dirinya membina rumah tangga satu hari nanti. Namun, mereka menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
Ibu saya okey sahaja. Dia cuma ada cakap, kalau panjang umur, insyaAllah dia nak tengok anaknya berkahwin. Tapi selebihnya tu saya beritahu ibu, kita serahkan kepada Allah.
Kalau jodoh itu berpanjangan dan sampai ke tahap seterusnya, kita akan teruskan.
Tapi buat masa sekarang, ia tidak boleh hanya jawapan daripada saya seorang. Ia perlu datang daripada kedua-dua pihak.
Dalam perkembangan lain, Afieq bakal muncul menerusi filem Abu Si Raksasa akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 September 2025.
Selain Afieq, pelakon yang akan turut membintangi naskhah tersebut adalah Sophia Albarakbah, Maria Farida, Jaa Suzuran, Farid Amirul, Zalif Sidek dan ramai lagi.





![[VIDEO] Penghuni Syurga Boleh Bantu Penghuni Neraka? Ini Penjelasan Ustaz Adnin](https://asset.ohbulan.com/2026/08/adnin.jpg)


