Penyanyi, Wani Kayrie mencuri perhatian menerusi hantaran terbaharunya yang dimuat naiknya di TikTok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Afieq Shazwan Setia Menunggu Cinta, Wani Kayrie Belum Terbuka Hati – ‘Doa Yang Baik Saja’

Menari lagu ‘Meriah Lain Macam’

@wani.kayrie ?? @AFIEQ SHAZWAN ? original sound – Nanaa? – Annaa

Menerusi perkongsian yang dibuat, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah melakukan trend TikTok bersama penyanyi, Afieq Shazwan dengan menari tarian lagu raya ‘Meriah Lain Macam’ nyanyian asal penyanyi Hael Husaini dan Nadeera Zaini.

Apa yang mencuri perhatian ialah, kedua penyanyi yang mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam itu dilihat begitu serasi melakukan ‘trend’ tarian tersebut.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya seronok melihat gelagat Afieq dan Wani.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar kedua penyanyi tersebut dipertemukan jodoh di masa akan datang.

Komen netizen

Sumber: TikTok Wani Kayrie