Bintang bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo perlu menjalani ‘self-quarantine’ selepas rakan sepasukannya, Daniele Rugani disahkan positif COVID-19. Memetik laporan Harian Metro, Ronaldo tidak menunjukkan sebarang simptom dijangkiti namun pengasingan diri perlu dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga.
Rakan pasukan positif Covid-19
Media antarabangsa melaporkan lagi, Ronaldo pulang ke kampung halamannya di Madeira, Portugal minggu lalu untuk melawat ibu yang diserang strok. Walaubagaimanapun, dia diminta dikuarantin di Madeira untuk beberapa hari dan akan berada di sana sehingga diberitahu.
Ronaldo meninggalkan Itali beberapa hari lalu dan pengasingannya belum bermula lagi.
Dia dan keluarganya bebas dari dijangkiti virus berkenaan.
Pemain, staf dan siapa saja yang berhubung dengan Rugani secara sukarela mengasingkan diri. Ronaldo, berada di Madeira dan kekal di sana sehingga diberitahu.
Anggota kerajaan Madeira yang bertugas di bahagian kesihatan, Pedro Ramos, mengesahkan Ronaldo dan keluarganya bebas dari sebarang virus.
Langkah berjaga-jaga
Juventus dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan berikutan faktor kesihatan, pemainnya perlu mengambil langkah pencegahan lebih-lebih lagi apabila pemain pertahanan kelab itu, Rugani disahkan positif. Difahamkan Rugani dilaporkan positif COVID-19 selepas terlibat dalam perlawanan antara Juventus dan Inter Milan.
Berdasarkan laporan New York Post, Ronaldo bermain untuk Juventus pada Ahad dalam sebuah stadium tertutup tanpa kehadiran peminat. Selepas itu, Ronaldo dipercayai meraikan permainan bersama rakan sepasukan termasuk Rugani. Ronaldo juga dikatakan turut berkongsi bilik persalinan dengan Rugani sebelum ini.
Beberapa hari selepas itu, Rugani disahkan positif dan rakan pasukan yang mempunyai kontak dengannya harus melakukan pengasingan.
Sumber : Harian Metro, New York Post