Penyanyi Misha Omar tampil menasihati segelintir netizen agar lebih menjaga tutur kata terhadap anak seni dalam industri hiburan.

Artikel Berkaitan: Tak Guna ‘Kabel’ Suami, Misha Omar Mahu Anak Tempuh Temuduga Pramugara Secara Telus & Adil

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Beri Saya Masa Untuk Membesar & Saya Akan Pastikan Bakat Berkembang’ – Anak Misha Omar

Kurangkan bercakap tentang orang

View on Threads

Menerusi potongan klip siaran langsung di Instagram (IG), Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 44, menerima aduan mengenai persembahan penyanyi Aina Abdul di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

Bagaimanapun, Misha menitipkan pesanan supaya tidak melayan atau diperkatakan perkara yang tidak disenangi sebaliknya fokus kepada perkara yang mampu memberi ketenangan dalam kehidupan.

Belajarlah untuk tidak bercakap tentang perkara yang kita sendiri tidak suka.

Pilih untuk jangan cakap atau tengok pun apa-apa perkara yang diri itu tak suka.

Cuba buat, Insya-Allah sejahtera hidup kau dan orang lain juga. Kurangkan suka mengadu.

Tambah pelantun lagu Break itu, dia terbuka menerima segala teguran yang dilemparkan kerana menyedari dirinya seorang penghibur dalam industri seni.

Saya seorang penghibur dan segalanya hanya hiburan. Saya terima saja. Apa saja orang cakap, suka hati awak.

Itu perspektif awak, saya tak perlukan. Bukan hak saya, itu jari, hati dan mulut awak.

Saya rasa, kalau awak ada tak suka sesiapa, tak perlu cakap.

Kalau tak suka dengar orang nyanyi lagu nada tinggi, pergi la cari orang yang nyanyi nada rendah.

Sumber: Threads @sushisighhh