
Penyampai radio, Radin tampil memberi respon selepas dikecam gara-gara dikatakan mengendalikan majlis pernikahan Fattah Amin dan Amira Othman dengan cara yang terlalu santai dan tidak formal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Minta Izin Dulu, Risau Nampak Tak Manis’ – Fattah Amin Dedah Restu Ibu Bapa Jadi Kunci Hubungan Dengan Amira Othman
Terbuka terima teguran

Ketika dihubungi OhBulan!, Radin, 35, bagaimanapun tidak melatah sebaliknya menganggap teguran yang diberikan netizen sebagai pengajaran yang membina dan berguna untuk kerjayanya pada masa akan datang.
Saya terbuka terima semua nasihat. Bagi saya, itu tanda keprihatinan orang ramai terhadap kerjaya saya. Apa yang saya buat hanyalah mengikut kehendak pengantin yang memang mahukan suasana santai pada majlis mereka.
Jadi, saya jalankan tugas seperti yang dirancang. Kalau ada yang kurang berkenan, saya ambil sebagai pengajaran dan ruang untuk saya perbaiki lagi.
Menghargai segala komen dan kritikan, Radin menyifatkan perkata itu sebagai tanda kasih sayang peminat dan orang sekeliling.
Insya-Allah saya akan ambil semua teguran dengan hati terbuka. Saya percaya, nasihat yang beradab itu boleh menjadikan kita lebih baik di masa hadapan.
Dalam masa sama, Radin turut menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin baharu itu yang kini sah bergelar suami isteri.
Saya ucapkan tahniah buat Fattah dan Amira serta terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan majlis bermakna dalam hidup mereka.
Terdahulu, Radin menerima kritikan hebat di aplikasi Threads selepas netizen mendakwa gaya pengacaraannya tidak profesional sepanjang majlis berlangsung.







![[VIDEO] Abiejam Jelaskan Tujuan Belanja RM12,000 Beli Squishy Untuk Kanak-Kanak – ‘Saya Tahu Ramai Ibu Tidak Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/abiejam-2.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Prince Syed Berpakaian Wanita? Penampilan Cetus Tanda Tanya Netizen](https://asset.ohbulan.com/2026/09/prince-syed-16.jpg)