Sharnaaz Ahmad

Tidak mahu menegakkan benang yang basah, pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu tindakan tiga penyampai radio iaitu Nabil, Radin dan Azad Jazmin yang didakwa mempersendakan agama kaum lain sememangnya salah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahrol Bersuara Isu Nabil, Azad Jazmin & Radin Persenda Agama Hindu – ‘Kalau Boleh Janganlah Gantung Tugas Mereka’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Juga Mempunyai Darah Keturunan India’ – Azad Jazmin Harap Dimaafkan

Tindakan salah

Sharnaaz Ahmad

Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz, 39, berkata, sebagai rakyat yang hidup dalam sebuah negara majmuk, kita seharusnya saling hormat-menghormati agama dan budaya kaum lain

Aku tahu kalian bertiga sangat ‘down’, namun apa yang kalian sudah buat memang salah. Memang seratus peratus salah.

Jangan sesekali kita permainkan apa-apa agama di Malaysia kerana itu bukan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Kita hormat setiap bangsa di negara ini.

Mohon maaf

Shahrol Shiro

Pun begitu, Sharnaaz memuji tindakan tiga penyampai itu yang berani mengaku silap dan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Namun saya harus beri ‘respect’ kepada kalian kerana berani mengaku bersalah dan mengaku sudah buat kesilapan. Kalian juga sudah berjumpa dengan pihak yang sepatutnya.

Tidak mengapa, kerana setiap manusia pasti membuat kesilapan. Orang berani mengaku silap wajib kita beri peluang kedua.

Terdahulu, tular video memaparkan Azad yang dipercayai meniru tarian kavadi sambil Nabil Ahmad menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa.

Klip video itu mengundang kritikan meluas kerana didakwa telah menghina tradisi kaum Hindu.

Semalam, Nabil, Radin dan Azad telah hadir ke IPD Bukit Aman bagi memberi kenyataan dan membantu siasatan.

Sumber: Instagram