Pempengaruh media sosial, Aisar Khaled menerima penghargaan khas daripada wakil Ahli Dewan Perwakilan Daerah (DPD) di Bali atas sumbangan membantu mangsa banjir di Bali, Indonesia.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Merayu’ – Warga Indonesia Mohon Bawa Aisar Khaled Pulang Malaysia

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisar Khaled Turun Beri Bantuan Di Bali, Kesal Dihalau Individu Tempatan – ‘Tiada Hormat & Tak Bersyukur’

Hebat perancangan Allah

Aisar menerima penghargaan Influencer Antarabangsa Peduli Alam Sekitar di Provinsi Bali yang dianugerahkan sendiri oleh Senator Bali, Arya Wedakarna.

Tidak hanya sijil penghargaan, Aisar juga menerima pin istimewa daripada Presiden Soekarno kerana menghargai keprihatinan Aisar terhadap rakyat Bali.

Kita hargai ada seorang anak muda hebat dari Malaysia yang prihatin dari orang Bali.

Saya harap tindakan Aisar ini bukanlah yang terakhir. Ini adalah penghargaan pertama diberikan kepad Aisar.

Aisar meluahkan rasa syukur dengan penghargaan yang diberi selepas mengalami detik memalukan diusir ketika memberi bantuan di kawasan itu.

Perancangan Allah itu hebat. Cuma seorang anak luar negeri ingin membantu masyarakat Indonesia.

Walaupun ribuan orang berkata buruk, masih jutaan manusia menghargaiku.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang individu mengusir Aisar yang sedang memberi bantuan kepada mangsa banjir di Bali, Indonesia.

Sumber: Instagram, TikTok