Tular sebuah video dimana seorang individu mengusir pempengaruh media sosial, Aisar Khaled yang sedang memberi bantuan kepada mangsa banjir di Bali, Indonesia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Perlu Jodohkan Saya Dengan Fuji, Dia Pun Dah Muak’ – Aisar Khaled

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisar Khaled ‘Gentleman’ Mengorat Influencer Depan Bapa, Siap Tanya Berapa Hantaran – ‘Kalau RM28,000 Ni Cukup Tak?’

Aisar dihalau?

@illaaryantz0

#aisarkhaledd #aisarsultanmalaysia kalau ga suka aisar berbagi ngomong baik2 aj pak jgn marah2 ngusir2 lgian emng knpa klu aisar paling eksis pling terang minimal dia ngasih bantuan ke warga #praybali

♬ suara asli – illa aryantz – illa aryantz

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aisar dilihat dikerumuni ramai mangsa banjir semasa turun memberi bantuan pakaian.

Susulan itu, seorang individu tampil berkeras menegur pempengaruh berusia 25 tahun itu berserta pasukannya untuk beransur daripada kawasan tersebut.

Pergi kamu.

Jangan kamu masuk di sini. Orang sedang membuat pembersihan.

Alihkan kenderaan.

Tak bersyukur

Bagaimanapun, Aisar dilihat tenang menjawab teguran yang dilontarkan sekali gus menyifatkan individu terbabit sebagai manusia tidak bersyukur.

Siap, maaf ya bang.

Terima kasih bang.

Tiada hormat dan tidak bersyukur.

Dalam pada itu, Aisar menerima pelbagai kata-kata semangat dari anak-anak Bali untuk tidak menghiraukan kata negatif daripada individu yang menegurnya.

Sumber: TikTok @zytxht