![[VIDEO] Janna Nick & Suami Cari Rumah Sewa Di London, Netizen Terkejut Harga Cecah RM15K Sebulan](https://asset.ohbulan.com/2025/09/janna-nick-rumah-london.jpg)
Pelakon Janna Nick dan suami, Dini Schatzman, sekali lagi menarik perhatian ramai apabila mereka kini sedang mencari rumah sewa di London, United Kingdom.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dah Hampir 13 Tahun Saya Jadi Ketua Keluarga, Sekarang Allah Atur Satu Perjalanan Baru’ – Janna Nick
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Ucap Selamat Tinggal Kepada Janna Nick, Bakal Menetap Di London Selama Setahun?
Rumah sewa RM15K
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, pasangan ini dilihat begitu teliti ketika meninjau beberapa rumah bagi memastikan pilihan mereka tepat sebelum menetap sementara di London.
Tetapi apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila harga rumah sewa yang mereka tinjau mencecah sehingga RM15,000 hingga 17,000 sebulan.
Tak dinafikan bahawa angka tersebut sememangnya mengejutkan netizen namun pada masa yang sama mereka mengakui bahawa kos sara hidup di bandar besar seperti London agak tinggi, jadi tidak hairan harga sewa rumah boleh mencecah belasan ribu Ringgit Malaysia.
Sementara itu, Janna turut berkongsi sedikit pengalamannya sepanjang proses mencari rumah. Menurut Janna, untuk menyewa rumah di UK bukan sekadar pilih dan bayar, tetapi ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
Gaji kena 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada sewa rumah.
Mesti mempunyai visa yang sah untuk menetap di UK.
UK guarantor diperlukan; jika tiada, biasanya perlu membayar 6 hingga 1 tahun sewa secara upfront.
Sentiasa follow up dengan agen hartanah.
Komen netizen



Sumber: TikTok Janna Nick







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
