
Siapa sangka di sebalik personaliti ceria dan bakat seni yang dimiliki pelakon, Sweet Qismina, dia mengakui dirinya bukanlah seorang pelajar yang begitu gemar menyiapkan kerja sekolah ketika zaman kanak-kanak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Pernah Bagi Syarat Dekat Adam, Kalau Nak Berkawan Kena Serius Sampai Kahwin’ – Sweet Qismina
Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: Membesar Bersama Impian, Sweet Qismina Akhirnya Buktikan Dirinya Sebuah ‘Permata’
Tak Nakal, Tapi Selalu Kena Denda
Mengimbau kembali memori persekolahan menerusi segmen #SkoolXTRA, Sweet menjelaskan dia bukan seorang pelajar nakal, namun mempunyai kesukaran untuk melakukan tugasan yang banyak melibatkan penulisan dan teori.
Saya bukanlah seorang pelajar yang nakal, Alhamdulillah. Tetapi saya seorang yang sangat sukar untuk membuat kerja sekolah daripada darjah satu.
Selalu kena denda berdiri di luar kelas, atas meja, ketuk ketampi. Saya bukan seorang pelajar ‘theory’. Nak menulis untuk buat kerja sekolah itu satu kelemahan saya.
Lebih Suka Aktiviti Fizikal & Seni
Menurut Sweet, sejak kecil dia lebih tertarik kepada aktiviti yang membolehkannya bergerak, mencipta dan mengekspresikan diri berbanding hanya duduk menulis di dalam kelas.
Saya suka keluar, buat sesuatu perkara yang fizikal. Bagi aktiviti di sekolah, kalau kena melukis atau apa-apa memang itu saya pergi dulu.
Malah, minat terhadap dunia seni sudah mula terserlah sejak tahun pertama persekolahan apabila Sweet aktif menyertai pelbagai pertandingan dan persembahan di sekolah.
Darjah satu saya dah masuk bertanding bercerita, nasyid, menyanyi, menari, berlakon, ‘choral speaking’.
Sekolah rendah aktif sukan, bila masuk sekolah menengah saya dah mula fokus pada pembelajaran.
Melihat kembali perjalanan itu, tidak hairanlah Sweet kemudiannya memilih bidang seni sebagai sebahagian besar daripada kehidupannya.
Suka Matematik & Pendidikan Seni Visual
Walaupun mengakui kurang cenderung terhadap pembelajaran berbentuk teori, Sweet mempunyai beberapa mata pelajaran yang menjadi kegemarannya.
Bagi subjek bukan teras, pelakon itu paling meminati Pendidikan Seni Visual kerana kecenderungannya terhadap aktiviti melukis.
Subjek kegemaran kalau bukan subjek utama saya amat suka Pendidikan Seni Visual sebab saya suka melukis.
Kalau subjek utama saya suka Matematik.
Zaman Sekolah Pun Ada Kisah Cinta Monyet
Selain pengalaman belajar, aktiviti seni dan sukan, zaman persekolahan Sweet turut dihiasi kisah cinta remaja yang masih diingatinya sehingga hari ini.
Sweet secara berseloroh menyifatkan zaman sekolahnya sebagai cukup “manis dan romantik”, termasuk pernah melalui pengalaman cinta monyet seperti kebanyakan remaja lain.
Zaman sekolah dulu boleh dikatakan manis dan romantik juga. Cinta monyet itu ada, pernah bagi surat panjang bila putus untuk kenangan. Tapi itu kisah dulu, sekarang dah ada cinta abadi sampai syurga.





![[VIDEO] Kenapa Prince Syed Berpakaian Wanita? Penampilan Cetus Tanda Tanya Netizen](https://asset.ohbulan.com/2026/09/prince-syed-16.jpg)


