
Meskipun masih dalam suasana berduka atas pemergian bapa tercinta minggu lalu, penyanyi Khai Bahar tetap menunaikan janji menjayakan sebuah persembahan di sebuah acara pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Bapa Khai Bahar Meninggal Dunia
Gagal menahan sebak

Menerusi perkongsian di Instagram Sinar Plus, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 31, tampil menyampaikan lagu popularnya berjudul Luluh.
Namun, penyanyi kelahiran Perlis itu tidak mampu menghabiskan nyanyiannya apabila tiba-tiba berasa sebak.
Khai dilihat menoleh ke belakang dan beberapa kali mengesat air matanya sebelum berhenti menyanyi seketika.
Suasana menjadi lebih menyentuh hati apabila penonton yang hadir sama-sama menyambung nyanyian untuk memberi semangat kepadanya.
Pada Jumaat lalu, bapa Khai, Baharuddin Backri, 66, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis akibat komplikasi pelbagai penyakit.
Tahun lalu, Khai dikejutkan dengan pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Rosnah Muhammad, yang meninggal dunia pada 2 Januari 2024 di Kangar, Perlis.
Sumber: Instagram






![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)