Seorang individu tampil mendakwa terserempak dengan penyanyi, Sabronzo bersama pasangannya DJ Dash Berlin di sebuah Klinik Kesihatan.

Artikel Berkaitan: Sabronzo Dolla & Deejay Dash Berlin Sah Nikah

Artikel Berkaitan: Foto Mesra Sabronzo & Dash Berlin Di Pinkfish Tahun 2023 ‘Diserang’ Warganet

Buat ujian HIV?

Menerusi pendedahan di laman Threads, individu berkenaan mendakwa dia melihat anggota kumpulan Dolla itu dan DJ Dash hadir ke pusat rawatan tersebut untuk membuat ujian HIV yang lazimnya dilakukan oleh pasangan sebelum mendirikan rumah tangga.

Meksab (Sabronzo) dah kahwin ke?

Hari itu terserempak mereka berdua dekat KK (Klinik Kesihatan) sebab nak buat ujian HIV.

Bagaimanapun, individu itu memilih untuk tidak menyebarkan perkara tersebut kepada umum, malah dia juga tidak mengambil foto mereka.

Nasib baiklah saya bukan jenis kepochi nak tularkan berita mereka buat ujian HIV.

Punyalah nak jaga privasi mereka, saya nak ambil gambar pun tak berani takut mereka terganggu.

Namun, individu tersebut tidak mendedahkan secara terperinci lokasi sebenar pusat rawatan yang didakwa telah dikunjungi pasangan berkenaan.

Tular di media sosial sejak semalam apabila tersebarnya foto perkahwinan yang didakwa milik Sabronzo bersama Dash.

Majlis yang dikatakan berlangsung di Bali, Indonesia itu mencuri perhatian warganet yang mula berteka-teki mengenai status sebenar hubungan mereka.

Sumber: Threads