
Pelakon Atiq Azman tenang menjawab sindiran seorang pengguna di aplikasi Threads yang kurang senang melihat limpahan rezeki buat keluarga kecilnya.
Artikel Berkaitan: Atiq Azman Mohon Peluang Kerja, Mahu Tambah Pendapatan
Artikel Berkaitan: Atiq Azman Terkilan Dihina Dengan Produksi, Gara-Gara Minta Watak Untuk Berlakon – ‘Awak Siapa?’
Sempit dada tengok rezeki orang

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 25, dilihat berkongsi komen dan beberapa foto seorang individu.
Difahamkan, individu terbabit kurang senang melihat kejayaan pelakon berusia 25 tahun itu yang membeli kereta baru setelah tular dirinya mencari kerja sambilan.
Hari itu kata tiada kerja, tiba-tiba beli kereta pula.
Melayu oh melayu.
Atiq kirim doa

Susulan itu, Atiq dilihat tidak melatah dikritik malah mendoakan individu terbabit agar sentiasa dipelihara Allah.
Saya doakan abang dipelihara Allah daripada rasa sempit dada bila tengok rezeki orang lain.
Sebab kadang iri hati itu lebih berat daripada hutang duit.
Semoga Allah murahkan rezeki abang, cukup untuk tampung diri sendiri tanpa perlu sibuk kira poket orang.
Moga panjang umur bukan sekadar bernafas, tapi untuk belajar syukur kerana rezeki Allah tidak pernah salah alamat.
Imbas kembali, pelakon berusia 25 tahun ini menjadi bualan di media sosial apabila mengemukakan hasratnya mencari kerja sambilan.
Atiq menawarkan dirinya untuk apa sahaja pekerjaan kerana mahu mencari pendapatan tambahan.
Tidak lama kemudian, Atiq membuat kejutan buat isteri tercinta dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu jenis Toyota Alphard.
Sumber: Threads @therajaatiqullah








