
Pelakon Saidah mengakui sudah ‘move on’ dengan kehidupannya selepas terpalit dengan kontroversi bersama bekas tunang, Muntazar Ghufran.
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Niat Untuk Mengaibkan Tapi Pertahankan Diri’ – Saidah Kamaruddin
Artikel Berkaitan: ‘Sakit Sebab Dalam Akaun Bank Ada RM500’ – Muntazar Ghufran
‘Saya sudah move on’

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Nur Saidah Syahirah Kamarudin memilih untuk tidak mengulas lanjut tentang isu tersebut kerana bimbang kenyataannya akan disalah tafsir segelintir pihak.
Sebaliknya, Saidah memaklumkan bahawa dia telah melantik peguam bagi menguruskan hal berkaitan reputasinya yang terjejas akibat kontroversi terbabit.
Mestilah saya terkilan dengan apa yang berlaku tapi saya sudah ‘move on’. Jadi, tidak perlu saya ulas panjang lebar.
Kalau saya cakap banyak pun, pasti kenyataan saya itu akan diputar belit.
Saya pun sudah melantik peguam jadi saya serahkan semua bukti kepada peguam saya. Jika ada apa-apa perkembangan, boleh terus rujuk kepada mereka.
Saidah berkata demikian ketika ditemui di acara Malaysia Bridal Fashion Week, baru-baru ini.
‘Saya tidak mengambil hati pun’

Tambah Saidah lagi, tujuannya melantik peguam adalah bagi membersihkan nama serta mempertahankan dirinya daripada segala tuduhan yang tidak berasas.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perasaannya apabila ada segelintir rakan artis yang seakan memerli berhubung isu kontroversi tersebut, Saidah mengakui tidak berkecil hati.
Saya tidak mengambil hati pun, saya fikir industri ini kecil sahaja.
Lambat-laun kita akan bertemu juga. Jadi saya tak nak besarkan isu ni dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Saya tak boleh nak salahkan mereka (rakan artis) sebab mereka tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kalau saya di tempat mereka pun, saya akan fikir benda yang sama.
Terdahulu, Saidah mendakwa perkahwinannya dengan Muntazar terbatal kerana pelakon itu hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.
Imbas kembali, Saidah pernah mengikat tali pertunangan dengan Muntazar pada Mei tahun lalu.
Namun, ikatan pertunangan tersebut terlerai apabila Muntazar mengesahkan mereka sudah putus tunang pada Oktober tahun sama.





![[VIDEO] Syed Saddiq Teruja Nak Kahwin, Akui Bahagia Temui Bella Astillah – ‘Kenapa Malu? Saya Bersyukur’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/syed-saddiq-8.jpg)


