Usahawan dan pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Bang Sudu berkongsi momen gembira apabila dapat membelikan sebuah kereta baharu buat ayah dan ibunya.

Artikel Berkaitan: Tauke Nasi Lemak RM1, Bang Sudu Dah Kahwin – ‘Cuti Seminggu’

Nak balas jasa ayah

@kisahsudu

Kena start balik dekat sini sebab yang lagi satu tu al ghaib 😂 Rezeki dapat beli kan ayah kereta baru ❤️ #fyp #foryou

♬ original sound – Kisah Sudu – Kisah Sudu

Menerusi perkongsian di TikTok, Bang Sudu memuat naik video bersama isteri dan dua beradiknya yang lain untuk menguruskan urusan dokumen sebelum mengambil kereta jenis ‘Ford Raptor’ di pusat jualan kereta.

Kami nak pergi ambil kereta baharu untuk ayah dan umi, let’s go.

Selepas empat tahun, kami adik beradik ambil keputusan untuk belikan mereka Ford Raptor.

Perjelas Bang Sudu, kereta tersebut merupakan hadiah pemberiannya dan adik-beradik buat bapa yang sudah banyak berjasa kepada mereka.

Kenapa kami belikan kereta ini? Masa saya mula-mula berniaga dahulu, ayah saya korbankan kereta Toyota Hilux kesayangan dia untuk ‘support’ anak dia.

Jadi, saya nak balas semula jasa dan pengorbanan dia. Dan kereta ini bolehlah dia gunakan untuk pergi ‘dating’ dengan mak saya.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat hantaran tersebut dan memuji tindakan Bang Sudu dan adik-beradiknya yang tidak pernah lupa akan jasa kedua ibu bapa mereka.

Warganet juga mendoakan Bang Sudu dimurahkan rezeki dan urusan perniagaannya dipermudahkan.

Sumber: TikTok