Pelakon Noorkhiriah berkongsi tips yang diamalakan bagi kekal istiqamah menjaga suruhan dalam agama Islam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betty Rahmad Kongsi Tip Istiqamah, Paksa Diri Lawan Hasutan Syaitan – ‘Kena Selalu Psiko Diri Sendiri’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Kongsi Sumber Kekuatan Istiqamah – ‘Paksa Diri Tengok Konten Islamik’

Tips istiqamah

@whitv3malaysia_official

Pernah tak rasa susah sangat nak istiqomah? 😮‍💨 Jom dengar apa Noorkhiriah kongsikan, mana tahu boleh jadi penguat semangat untuk kita ✨ #whitips #whidigital #whitv3 #fyp #istiqomah

♬ Salla Alayka Rahman – Maher Zain

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Noorkhiriah atau nama penuhnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, dilihat menjawab pertanyaan mengenai prosesnya dalam beristiqamah.

Menurut pelakon berusia 49 tahun itu, dia mengamalkan tiga tips bagi tidak tersasar daripada landasan.

Sebenarnya adalah persekitaran. Termasuklah sahabat.

Kedua, rajin pergi majlis ilmu. Kalau tiada masa nak pergi, sekarang dah banyak di media sosial berkongsi mengenai agama.

Ketiga, untuk melembutkan hati yang keras ini, adalah zikir.

Kalau keluar, sayang nak buang solekan, kita kena fikir, kalau meninggal, macam mana?

Sumber: TikTok @whitv3