
Pelakon, Hariz Hamdan menyorot perhatian ramai dengan hantarannya yang meluahkan rasa syukur atas kepulangan 23 sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke tanah air.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 23 Pejuang Global Sumud Flotilla Selamat Tiba Di Kuala Lumpur.. 2,000 Sambut Kepulangan Dengan Laungan ‘Bebas Gaza’
Artikel Berkaitan: ‘Pertama Kali Berlakon Bersama, Saya Memang Janggal & Tak Selesa’ – Hariz Hamdan
Selamat pulang

Menerusi perkongsian di TikTok, Hariz menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang mengagumi keberanian sukarelawan yang menyertai misi GSF.
Hantaran itu menarik perhatian ramai apabila pelakon filem Sahak Gangster ini turut berkongsi beberapa foto bersama adik kepada penyanyi dan aktivis Heliza iaitu Hazwani Helmi.
Ya Allah ya tuhanku.
Terima kasih kerana melindungi mereka Ya Allah.
Selamat pulang Hazwani Helmi.
Netizen beri ‘greenlight’




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberi ‘greenlight’ sekiranya benar wujud hubungan istimewa antara Hariz dan Hazwani. Selain itu, warganet sempat berseloroh dengan menyuruh pelakon berusia 23 tahun itu masuk meminang dengan segera.
Sumber: TikTok @harizhamdan






![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)

![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)