Usahawan Ojen Aiwah berjaya mengagihkan lebih 50 bekas kunafa kepada sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) semasa Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena, pada malam Rabu.

Artikel Berkaitan: Ojen Aiwah Sebak Perjuangan GSF, Nekad Beri Kunafa Percuma – ‘Ini Tanda Hadiah Buat Mereka’

Artikel Berkaitan: Ojen Aiwah Seru Artis & Pempengaruh Boikot Jenama Sokong Penindasan – ‘Support Tempatan’

50 kunafa

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), kelihatan para sukarelawan begitu teruja menerima Kunafa Aiwahhh yang dibawakan khas buat mereka.

Ojen atau nama penuhnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, turut meluahkan rasa terharu melihat semangat dan keikhlasan 23 delegasi aktivis Global Sumud Flotilla dalam perjuangan membela Palestin.

Selesai himpunan di Axiata Arena, saya bergegas ke hotel tempat mereka berehat. Rezeki kerana dapat berjumpa semua.

Terima kasih Tuan Musa Nuwayri sebagai mastermind dan terima kasih sebab sudi terima kunafa dari saya. Ini adalah hadiah dari Ojen buat kalian.

Mereka tak pernah penat, sentiasa bersemangat.

Patutlah dalam ramai-ramai, Allah pilih mereka sebab semangat yang luar biasa.

Misi seterusnya

Dalam pada itu, Ojen turut berkongsi hasratnya untuk menjadi salah seorang penyumbang bagi misi Global Sumud Flotilla dengan sumbangan berjumlah RM100,000.

Kalau kita tak sekuat dan setabah mereka, tolong jangan cakap benda buruk. Saya akan cuba bantu dari segi kewangan dan tidak akan berhenti bersuara kerana ini perjuangan kita bersama.

Doakan saya tengah berjuang mengumpul dana nak mencapai RM100K. Saya bercita-cita nak bagi sumbangan buat Global Sumud Nusantara dan rakyat Palestin.

Berkongsi lebih lanjut, Ojen juga berhasrat untuk menyertai misi kemanusiaan sekali gus menyediakan kunafa versi Malaysia buat rakyat Palestin.