![[VIDEO] ZRA Kongsi Empat ‘Training’ Yang Dilakukan Sukarelawan Global Sumud Flotilla](https://asset.ohbulan.com/2025/10/wGCe0v9J-zra.jpg)
Aktivis kemanusiaan dan bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad berkongsi para sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) telah melengkapkan empat latihan sebelum dibenarkan berlayar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Letih, Rindu Isteri Sebab Tak Pernah Travel Selama Ini’ – Zainal Rashid Ahmad
Artikel Berkaitan: Zainal Rashid Ahmad Pulang Ke Rumah Secara Senyap Tanpa Liputan Media, Enggan Disanjung & Dipuji
4 latihan

Menerusi temu bual secara eksklusif oleh Hot FM, Zainal atau lebih dikenali dengan akronim ZRA berkata sesiapa yang tidak melengkapkan keempat-empat sesi latihan tersebut tidak akan dibenarkan berlayar.
Satu adalah latihan berkaitan bukan keganasan (nonviolence). Latihan itu mengelakkan tindakan yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa semasa serbuan dijalankan.
Bila kapal kita diserbu apa yang kita perlu buat.
Latihan kedua menekankan siapa yang berkuasa ke atas kapal mengikut situasi.
Kapten bertanggungjawab membawa kapal tapi organizer membuat keputusan kerana dia lebih memahami strategi.
Dalam pada itu, ZRA berkata mereka turut mempelajari aspek perundangan antarabangsa memandangkan misi tersebut dijalankan di perairan luar negara.
Yang ketiga belajar undang-undang antarabangsa iaitu tidak melakukan sesuatu di perairan antarabangsa bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan.
Contohnya, tidak dibenarkan membuang plastik kerana Itali menjaga persekitaran lautnya.
Kita juga belajar bagaimana untuk menggunakan sistem tanda sekiranya seseorang jatuh ke dalam laut.
Kata ZRA lagi, antara latihan asas lain yang dipelajari ialah cara memakai pelampung, jaket keselamatan dan banyak lagi.
Sebelum ini, ZRA mencuri perhatian kerana memilih untuk pulang secara senyap ke rumah dengan hasil bantuan rakan-rakan tanpa menyertai 22 pejuang GSF lain bersama 2,000 orang ramai di KLIA Terminal 1.
Sumber: TikTok








