
Pelakon, Siti Saleha mendedahkan perjalanan awalnya dalam industri seni tidak mudah terutama apabila tidak mendapat sokongan keluarga ketika mula menceburi bidang lakonan.
Artikel Berkaitan: Siti Saleha Bakal Kongsi Jantina Anak Sulung, Adat Jawa Menjadi Pilihan – ‘Sekarang Kita Rahsia Dulu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Saleha Kongsi Momen ‘Pregnancy Reveal’, Netizen Tumpang Gembira – ‘Bestnya Tengok Reaksi Diorang’
Minat

Menerusi potongan klip daripada podcast Studio Sembang, pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum berkata minat yang mendalam dalam bidang lakonan mendorongnya untuk melakukan keputusan yang besar.
Kata Siti Saleha, dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.
Saya tidak dapat sebarang sokongan masa mula-mula masuk dalam industri ni.
Bila saya mula berlakon, saya cakap, ‘saya mungkin nak tangguhkan pelajaran dulu sebab sekarang banyak tawaran kerja masuk dan saya nak ambil peluang ni’.
Ayah saya tidak setuju. Dia cakap dalam industri ini ramai penyangak (orang yang tidak jujur) dan suruh saya hati-hati.
Dia dah bagi amaran dan saya memang tahu persaingan sangat sengit tapi sebab minat. Saya memang suka berlakon dari kecil, jadi teruskan juga.
Bangga

Pun begitu, Siti Saleha berkata dia bangga kerana berjaya membina nama sendiri dengan hasil usaha dan kerja kerasnya.
Walaupun banyak cabaran sepanjang jalan, saya percaya pada diri sendiri dan saya teruskan saja.
Saya buat semuanya sendiri, saya bersendirian.
Dan saya bangga dengan diri saya sebab bina nama saya sendiri.
Bukan dengan jalan pintas, bukan tumpang kejayaan orang lain tetapi semuanya hasil usaha saya sendiri.
Untuk info, salah satu drama yang dilakonkan Siti Saleha iaitu Dia Imamku tercalon dalam kategori Drama Paling Viral di OhBulan Paling Viral Online.
Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025 dengan maksimum 50 undian setiap hari.
Malam kemuncak OhBulan Paling Viral Online bakal berlangsung pada 19 Disember 2025 jam 9 malam di TikTok OhBulan.
Untuk mengundi dan mendapatkan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.
Sumber: TikTok





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

