Seorang suami tergamak mengakhiri hayat isterinya yang menghidap penyakit strok.

Penat jaga isteri sakit?

Memetik laporan Tribunnews, suspek yang dikenali sebagai Sunardi, 48, didakwa membekap wajah isterinya, Evi Dwi, 50, menggunakan bantal sehingga mangsa kelemasan dan meninggal dunia.

Difahamkan, insiden kejam itu berlaku di kediaman pasangan ini yang terletak di Denpasar Barat, Indonesia pada Selasa.

Menurut pihak polis, suspek mengaku berasa penat dan tertekan kerana menguruskan isterinya yang sakit.

Hasil siasatan awal juga mendapati suspek dipercayai mengalami depresi akibat tekanan mengurus isterinya itu.

Menurut sumber, pada awalnya suspek berhasrat untuk mengakhiri hidupnya sendiri. Namun, dia bimbang tiada siapa yang akan menjaga isterinya jika dia mati. 

Akhirnya, suspek memutuskan untuk menamatkan riwayat isterinya terlebih dahulu.

Pihak polis turut merampas  beberapa barang bukti, antaranya bantal tidur, pisau dapur sepanjang 16 cm, pemutih pakaian, cecair pembersih lantai, minuman berkarbonasi dan dua buku nikah tahun 2004.

Suspek yang kini ditahan bakal berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun.

Sumber: Tribunnews