Penyanyi terkenal Indonesia, Lyodra, mengakui bahawa siri animasi Upin & Ipin merupakan tontonan wajibnya sewaktu kecil, khususnya setiap kali pulang dari sekolah.

Artikel Berkaitan: FOTO: Afgan Terharu Peminat Setia Selama 17 Tahun, Konsert ADA Jadi Kenangan ‘Mahal’ Lyodra

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mierul Aiman Disamakan Dengan Mail Upin & Ipin, Netizen Terhibur

Peminat siri animasi Upin Ipin

Ketika ditemui OhBulan!, Lyodra atau nama penuhnya Lyodra Margareta Ginting, 22, mendedahkan bahawa dia banyak mempelajari bahasa Melayu melalui tontonan siri animasi tersebut.

Saya merupakan peminat upin ipin dan sangat suka menonton cerita animasi itu sejak kecil jadi mungkin sebab itu saya dah boleh berbahasa Melayu.

Saya akan tonton setiap kali pulang dari sekolah, balik sahaja pasti nak tonton cerita itu dulu. Saya memang tonton yang versi original Malaysia.

Boleh dipanggil sebagai animasi childhood saya. Setiap kali saya dengar orang sebut pasal Malaysia, dalam fikiran saya terus kata Upin Ipin.

Lyodra berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Healing 2026 yang berlangsung di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Pesan Terakhir’ berpendapat siri animasi Upin & Ipin banyak ditontoni oleh remaja 2000-an sehingga menjadi kewajipan untuk menonton setiap hari.

Saya sukakan animasi itu sebab saya rasa karakter mereka berdua itu lucu dan comel. Upin dan Ipin bersama teman-temannya.

Rasanya animasi itu juga adalah tontonan mereka yang sebaya saya, mungkin budak budak zaman sekarang kurang mengenali mereka.

Cuma bagi kanak kanak sezaman saya, tahun 2000-an, animasi itu merupakan tonton kami.

Dalam perkembangan lain, Lyodra bakal tampil menerusi konsert Healing Night 2026 bersama beberapa penyanyi hebat seperti Ella, Dayang Nurfaizah, Anuar Zain dan Kangen Band.

Konsert Healing Night 2026 ini disokong hebat oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia atau MOTAC.

Bagi yang berminat, tiket boleh didapat menerusi laman web Ticket2u dengan harga serendah RM190.