Gabungan suara penyanyi terkenal Indonesia, Afgan dengan Juara Indonesian Idol musim ke-10 pada 2020, Lyodra ‘menghayutkan’ penonton yang hadir ke konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’, pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ Bakal Temui Peminat September Ini, Pembeli Tiket Awal Dapat Harga Istimewa
Artikel Berkaitan: Afgan Kembali Gegar Kuala Lumpur Disember Ini
Malam paling indah
Lyodra yang pertama kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur menyifatkan malam tersebut menjadi momen istimewa yang pernah terjadi dalam kehidupannya.
Kalau Afgan dia sudah selalu datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert.
Tapi kalau saya, malam ini sangat istimewa sebab ini adalah kali pertama saya adakan konsert di Kuala Lumpur.
Setia selama 17 tahun
Manakala, Afgan, 35, berasa terharu kerana peminat-peminat masih setia memberi sokongan terhadap hasil karyanya sebagai anak seni sejak 17 tahun yang lalu.
Saya sangat teruja dapat kembali ke rumah kedua saya. Pengalaman malam ini sungguh luar biasa. Saya berasa teruja dapat berkongsi pentas dengan Lyodra dan berinteraksi secara lebih intim dengan peminat saya di Kuala Lumpur.
Terima kasih kerana masih menerima muzik (lagu) lama dan lagu-lagu baru saya. 17 tahun (peminat) masih bersama, setia sentiasa datang ke konsert saya tanpa rasa bosan. 17 tahun itu sangat lama. Saya sayang anda semua.
Dalam masa sama, pemilik nama Afgansyah Reza, tidak menyangka lagu Ada yang dilancarkan pada tahun lepas nyanyian bersama Lyodra mendapat tempat di hati pendengar.
Tak sangka lagu yang kami lancarkan tahun lepas akan mendapat sambutan dan terus menjadi konsert. Kami berdua nak ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana telah menyokong karya kami.
Pada malam yang disaksikan ribuan penonton, Afgan dan Lyodra mempersembahkan 20 lagu hits seperti Kamu Yang Ku Tunggu, Tak Dianggap, Sang Dewi, Untukmu Aku Bertahan, Jodoh Pasti Bertemu, Bawalah Cintaku dan Ada.
Konsert yang berlokasi di Mega Star Arena, Kuala Lumpur dianjurkan oleh syarikat penganjur konsert terkenal, Kharisma Music (KM) bersama jenama kosmetik, Alha Alfa, dengan Intan Gelombang dan Futurace.
Di samping itu, pendatang baharu berbakat besar, Ash Fasryll membuka ‘mood gelanggang’ dengan menyanyikan lagu ‘Nyaman’ oleh penyanyi hebat Indonesia, Andmesh Kamaleng.