![[VIDEO] Siti Nurhaliza Pesan Kepada Fattah Amin Jaga Amira Othman – ‘Dia Wanita Solehah, Insya-Allah Akan Jadi Isteri Solehah’](https://asset.ohbulan.com/2025/10/siti-nurhaliza-dua-1.jpg)
Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan pesanan bermakna kepada pelakon Fattah Amin sempena hari bahagianya.
Artikel Berkaitan: Goreng Bihun Sambil Buat ‘Live’, Siti Nurhaliza Sempat Berseloroh – ‘Like Bagilah 1 Juta, Fattah Amin Ja Korang Bagi’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Seronok Bila Baca Komen Baik-Baik Termasuk Komen TokTi..’ – Fattah Amin
Pesanan

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Siti meminta supaya pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu menjaga Amira Othman yang merupakan isterinya dengan baik.
Kata pelantun lagu Cindai itu, Amira merupakan seorang wanita yang solehah.
Pesanan Kak Iti (panggilan Siti Nurhaliza), Fattah jaga Amira baik-baik. Amira seorang wanita solehah, Insya-Allah dia akan menjadi isteri yang solehah.
Kita sama-sama doakan dan semoga Fattah menjadi pemimpin yang baik dan imam yang baik kepada Amira.
Pesanan itu kemudiannya membuatkan pasangan pengantin tersenyum sambil mengaminkan doa yang dititipkan oleh Siti.
Usai memberi pesanan, Siti kemudiannya menghadiahkan pasangan mempelai sebuah lagu popular miliknya, iaitu Bukan Cinta Biasa.
Sumber: TikTok








