
Perawat Islam berkongsi tindakan bekas pengasuh yang didakwa menghantar ilmu hitam akibat menyimpan dendam diberhentikan majikan.
Artikel Berkaitan: Kes Dera Budak Meningkat, Pengasuh Paling Ramai Ditahan Di Selangor
Artikel Berkaitan: Bapa Tak Sanggup Lihat CCTV Anak Didera Pengasuh Taska, Dipukul Berkali-Kali Ketika Makan
Bekas pengasuh berdendam

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, perawat yang dikenali sebagai Qiqi itu memaklumkan bahawa tuan rumah sentiasa memenuhi permintaan bekas pengasuh.
Bagaimanapun, bekas pengasuh diberhentikan selepas didakwa mencuri wang ringgit dan barang kemas milik majikannya.
Hampir 4 tahun bekerja dengan tuan rumah. Baru-baru ini kantoi pengasuh mencuri duit dan barang kemas.
Disebabkan itu tuan rumah mengambil keputusan untuk memberhentikan pengasuh.
Tuan rumah jumpa barang pelik di dalam laci almari bilik pengasuh, baru tersedar selama ini seperti orang bodoh sahaja.
Gangguan mistik

Berkongsi lebih lanjut, perawat Islam menyatakan beberapa gangguan mistik yang terjadi selepas bekas pengasuh diberhentikan.
Selain itu, Qiqi juga memaklumkan keadaan kanak-kanak berusia enam tahun itu yang dirasuk setiap kali azan maghrib mula berkumandang.
Nampak kelibat hitam, wanita berambut kusut masai lalu lalang di dapur, monyet berkepala pelik, malah lebih teruk anak yang berusia 6 tahun kerasukan setiap kali azan maghrib.
Permulaan kena, anaknya akan tiba-tiba kejang dan mulut nya berbuih kemudian mula kerasukan.
Bila kerasukan, anak tersebut memaki hamun. Lebih teruk, dia akan panjat almari yang tinggi, panjat meja dan mata memandang tajam pada ibu ayahnya.
Difahamkan, proses perubatan mengambil lebih kurang satu jam untuk mengeluarkan gangguan daripada tubuh kanak-kanak tersebut.
Sumber: Facebook @qiqi








