berita

Bapa Tak Sanggup Lihat CCTV Anak Didera Pengasuh Taska, Dipukul Berkali-Kali Ketika Makan

August 10th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Taska Dera

Rakaman CCTV taska

Tular sejak semalam video yang memaparkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun ditampar, ditendang dan rambut ditarik oleh seorang pengasuh taska.

Artikel Berkaitan: Viral Pengasuh Disyaki Menekap & Hempas Bayi Sehingga Mengerang Kesakitan

Artikel Berkaitan: Pelajar Asrama Meraung Didera Cikgu, Tangan Melecur & Melepuh Akibat Dicelup Air Panas

Bukan kali pertama

Taska Dera

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dipukul berkali-kali di bahagian muka dan kepala ketika makan.

Kejadian berlaku di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Jalan Kampon Seronok Nosoob, Penampang.

Menurut bapa kepada kanak-kanak berkenaan isterinya terkejut melihat kesan luka di kepala anak mereka.

Ekoran itu, mereka bertindak untuk memeriksa CCTV selepas pihak taska tidak memberikan sebarang jawapan tentang kesan luka tersebut.

Saya sendiri tidak sanggup lihat rakaman video daripada CCTV anak saya ditendang dan ditampar di bahagian muka dan kepala. Ibu bapa mana tidak sedih anak diperlakukan sedemikian.

Malah lebih memilukan saya, ketika hendak makan, anak saya turut ditampar dan dipukul guna pembaris berkali-kali.

Dia turut mendakwa sejak Mac lalu ini adalah kali kedua anaknya menjadi mangsa dera di taska tersebut.

Insiden pertama berlaku dua minggu lalu selepas isterinya melihat kesan lebam dibahagian tangan anak mereka.

Pada mulanya anak saya mengatakan dipukul oleh guru (pengasuh) namun mengubah mengatakan dipukul rakannya.

Tetapi seminggu kemudian isteri melihat kesan lebam lain di bahagian dada anak kami sebelum bertanya kepada pihak taska.

Pihak taska hanya memberikan jawapan bahawa itu perkara biasa kerana kemungkinan anak kami bergaduh dengan rakan di taska terbabit.

Susulan itu, lelaki tersebut melaporkan kes berkenaan di Balai Polis Tanjung Aru manakala anaknya kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×