Sempena ulang tahun kelahiran isteri, pelakon Edika Yusof menitipkan ucapan istimewa buat Nor Hidayah Yusri.

Artikel Berkaitan: Edika Yusof Kongsi Luahan Hati, Pesan Anak Muda Hargai Pengorbanan Ibu Bapa

Artikel Berkaitan: Edika Yusof Rai Hari Bapa Bersama Bekas Isteri

Ucapan Edika buat isteri

@edikayusofxx

Happy Birthday, my love ❤️ 22 years by your side, and I still fall for you every single day. You are my heart, my calm, my courage — the reason I keep going. May Allah bless you with peace, strength, and endless love. Forever yours, Nor Hidayah Yusri

♬ ME GUSTA LA CUMBIA – Abaco

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Edika dilihat menyambut ulang tahun kelahiran isterinya bersama keluarga tercinta.

Edika atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abd Majid meluahkan rasa sayangnya yang tidak pernah pudar walaupun mencecah dua dekad melayari bahtera perkahwinan.

Selamat hari lahir, cintaku.

22 tahun di sisi awak dan saya masih jatuh cinta setiap hari.

Awak adalah hati, ketenangan dan keberanian, sebab saya terus kuat.

Semoga Allah memberkati awak dengan kedamaian, kekuatan, dan kasih sayang yang berpanjangan.

Netizen tumpang bahagia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang bahagia melihat hubungan Edika dan isteri yang kembali terjalin mesra. Selain itu, warganet turut mendoakan agar rumah tangga pelakon berusia 58 tahun itu terus dipelihara.

Terdahulu, Edika melafazkan cerai talak satu terhadap isteri di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh pada 5 Mei lalu.

Untuk info, Hidayah memfailkan perceraian terhdap Edika pada pertengahan Februari.

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

Sumber: TikTok @edikayusofofficial