Seorang pelajar berusia 13 tahun yang menjadi didakwa mangsa buli dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian di Tangerang Selatan, Indonesia.

Artikel Berkaitan: Pelajar Maut Terjun Bangunan, Universiti Ambil Tindakan Terhadap Rakan Ejek & Gelak Kematian Mangsa

Artikel Berkaitan: Pelajar Sekolah Terjatuh Dari Tingkat Satu Selepas Putus Cinta

Meninggal dunia

Memetik Kompas.com, berita kematian pelajar itu disahkan oleh Lembaga Bantuan Hukum Korban.

Difahamkan, mangsa yang merupakan pelajar di SMP Negeri 19 Kota Tangerang Selatan didakwa menghembuskan nafas terakhir di ICU Hospital Fatmawati, Jakarta Selatan sekitar jam 6 pagi Ahad waktu Indonesia.

Sebelum ini, mangsa disyaki menjadi mangsa buli di sekolah apabila kepalanya dipukul dengan kerusi besi oleh rakan sekelasnya pada Oktober lalu.

Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di sebuah hospital pada 9 November dan dipindahkan ke unit ICU pada 11 November lalu.

Kejadian buli itu berterusan sejak tempoh orientasi di mana mangsa didakwa sering ditakut-takutkan oleh rakan sekelasnya termasuk dipukul.

Menurut ibu mangsa, dia sering menjadi mangsa rakan sekelasnya melepaskan kemarahan.

Dia sering ditikam di tangan dengan straw. Semasa dia belajar, dia ditendang di bahagian lengan dan ditendang hanya kerana menulis dan dipukul di bahagian belakang.

Sumber: Kompas.com