
Setelah sekian lama tidak muncul di khalayak ramai, penyanyi dan komposer, Malique mendedahkan dirinya rindu untuk menghadiri konsert.
Artikel Berkaitan: Malique & Zizi Kirana Kongsi Gambar Di Hospital Bahagia, Netizen Percaya Ada Kolaborasi Bersama Yasin Sulaiman
Rindu pergi konsert

Hasrat itu diluahkan Malique kepada penganjur konsert yang juga pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.
Menurut Iman, selepas mendengar hasrat itu, dia telah memberikan sepasang tiket konsert GenKRU The Finale: One More Time kepada penyanyi tersebut.
Saya ada berborak dengan Malique, dia kata dah lama tak pergi dan menonton konsert. Katanya teringin dan rindu untuk pergi konsert. Kemudian saya berikan tiket konsert KRU kepadanya. Saya beritahu, kalau free datanglah.
Kebetulan saya ada tiket lebih, saya berikan kepadanya. Dia juga tolong muat naik di IG miliknya bagi membantu mempromosikan konsert tersebut.
Iman berkata demikian ketika ditemui di sidang media konsert GenKRU The Finale: One More Time yang diadakan di Stadium Hoki Bukit Jalil pada malam Sabtu.
Mengulas lanjut, Iman bagaimanapun berkata, dia tidak dapat mengesahkan kehadiran Malique ke konsert berkenaan.
Dia ada cakap insya-Allah kalau lapang dia akan turun pada malam konsert. Saya cakap jangan beritahu nak datang sebab saya akan berjumpa dengannya dan pasti akan menarik perhatian ramai nanti.
Saya kata kalau nak datang, datang sendiri. Sampai petang Sabtu dia cakap tak berapa sihat dan saya cakap terpulang padanya. Kalau tak mahu datang pun saya faham.
Sementara itu, usai konsert tersebut, Malique dilihat memuat naik beberapa foto memaparkan suasana di acara berkenaan sekali gus mencetuskan teka-teki peminat.
Terdahulu, pada Rabu lalu, tindakan Malique memuat naik foto dua tiket Konsert GenKRU The Finale: One More Time membuatkan peminat teruja.
Perkongsian itu menimbulkan harapan peminat dapat berpeluang bertemu penyanyi hip hop legenda itu pada malam konsert, malah ada yang berharap Malique akan berkongsi pentas bersama KRU.






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

