Pelakon, Salina Saibi menasihatkan wanita terutamanya para ibu supaya tidak berkelakuan tidak senonoh terhadap Que Haidar yang kini menjadi tular dengan trend ‘Jamilah’.

Artikel Berkaitan: Salina Saibi Mohon Doa Orang Ramai, Jurusolek ‘Gerak Khas’ Kena Strok Selepas Ditipu RM30,000

Artikel Berkaitan: ‘Saya Contohi Orang Lama Yang Amalkan Cara Natural Untuk Jaga Kecantikan’ – Salina Saibi

‘Jamilah sebenar’

Menerusi hantaran di Threads, Salina memuat naik video berseloroh dengan menyifatkan dirinya merupakan ‘Jamilah’ yang sebenar.

Dalam pada itu, Salina berseloroh menyatakan mereka yang sudah berstatus sepatutnya tidak melayan trend yang dimulakan oleh Que Haidar.

Katanya, akibat daripada itu ramai yang mula menunjukkan sikap menggoda mereka terhadap pelakon tersebut.

Legend sudah mari. Malas betul lah melayan trend ‘Jamilah’ ni. Menggada saja semua.

Bukan main mak-mak dan isteri orang. Gedik sangat, balik ke pangkal jalan semua. Bagi laluan kepada orang bujang.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.

Terdahulu, Que memuat naik video memaparkan dirinya sedang berbaring melakukan miming lagu Jamilah sehingga menjadi tular.

Sumber: Threads