Penyanyi Cat Farish mengambil pendekatan neutral dalam isu penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kini semakin berkembang dalam industri kreatif.

Artikel Berkaitan: Cat Farish Rugi RM100,000 Ditipu Rakan Sendiri – ‘Kalau Terjumpa Memang Saya Heret Ke Muka Pengadilan’

Artikel Berkaitan: ‘Kami Pernah Dibayar RM20 Kongsi Lima Orang’ – Cat Farish

Jana pendapatan daripada AI

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Farish Ramli, 52, melihat teknologi AI sebagai satu perkara yang perlu difahami dan dimanfaatkan.

Saya tidak menentang dan tidak menyokong. Saya juga pengguna teknologi dan saya suka.

Kita tak boleh melawan teknologi. Kita kena belajar untuk menggunakannya dan bergerak seiring dengan perkembangan teknologi.

Cat berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Ekslusif Filem Siluman: Dendam Harimau Jadian yang berlangsung di TGV, KLCC baru-baru ini.

Dalam pada itu, Cat menjelaskan penglibatannya dalam filem penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) turut memberi fokus kepada kepentingan melindungi hak serta pemilikan intelek (IP) seseorang pelakon.

Kita ada jumpa pelakon dan tanya jika meraka mahu wajah mereka di IP kan. Bila IP, kita bayar seperti bayaran berlakon tetapi pelakon itu akan ada IP dia sendiri. Macam saya ada IP sendiri.

Siapa nak pakai IP saya, boleh, tetapi kena bayar. IP ini pula ada royalti. Bila IP itu ada, siapa yang gunakan IP tersebut, dia kena bayar.

Menurut Cat, perkara utama yang mahu diketengahkan menerusi projek berkenaan adalah dengan memanfaatkan IP menerusi individu yang memilikinya.

Saya sebenarnya nak pertahankan IP. Bila IP itu ada, ia menguntungkan. Orang pakai muka kau, orang bayar.

Sama ada dengan cara baik atau cara jahat, itu terpulang kepada kita. Kita buat eksperimen sosial.