Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Saifuddin Abdullah berkata pihak kerajaan bercadang memberi kebenaran menjalankan penggambaran drama atau filem tetapi bersyarat dan mempunyai SOP perlu dipatuhi. Cadangan itu didakwa kurang dipersetujui oleh segelintir artis dan persatuan. Kerajaan disaran duduk berbincang bersama persatuan mengenai perkara ini terlebih dahulu.
Luahan pendapat yang dilakukan segelintir artis berhubung keputusan kerajaan itu mendapat perhatian penerbit drama iaitu Michael Ang.
Bincang lebih baik, dari menyalak
https://www.instagram.com/p/CAdM_BqplTu/
Michael Ang lantang meluahkan pendapatnya terhadap segelintir pelakon dan persatuan seni yang lebih suka menggunakan platform media sosial untuk bersuara. Tindakan tersebut secara tidak langsung dapat mengundang kecaman dari netizen.
Penerbit drama ini tidak sepenuhnya bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan penggambaran dijalankan semula. Dia turut memikirkan mengenai soal keselamatan memandangkan wabak Covid-19 ini masih lagi menular tanpa disedari.
Shooting ikut norma baru
Perkara ini seharusnya perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam kalangan persatuan dan penggiat seni tanah air. Bukannya hanya memekak di laman media sosial sahaja.
Bila government dah bagi shoot pun, korang bising juga. Tak patutlah, itulah inilah.. Persatuan pula cakap, kenapa government bagi shoot je, kenapa tak minta pendapat kita orang sebagai orang seni? Tak tahu apa kita buat. Kenapa boleh shoot 20 orang je?
Korang tak boleh ke ikut SOP? Cubalah buat shooting ikut norma baru. Buat je, daripada kau memekak tak ada duit. Ada yang tak nak shoot takut mampus. Kalau takut mampus, duduk rumah. Tak payah shoot.
Sumber: Michael Ang