Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, aktiviti penggambaran filem atau drama juga terpaksa dihentikan. Meskipun, sebelum ini ada sebahagian penerbit bersuara dan memohon untuk diberi kelulusan menjalankan penggambaran namun, masih belum ada kata putus.
Terbaru, menerusi laporan Malay Mail, Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Saifuddin Abdullah berkata pihak kerajaan telah memberi ‘lampu hijau’ untuk membenarkan penggambaran dijalankan tetapi bersyarat.
Kami kemukakan permohonan
Kelulusan membenarkan produksi menjalankan penggambaran semula itu telah dipersetujui dalam sebuah mesyuarat Majlis Keselamat Negara. Kebenaran tersebut telah dipersetujui dalam mesyuarat adalah selepas Hari Raya Aidilfitri.
Dalam mesyuarat itu, kami mengemukakan permohonan untuk membolehkan produksi filem menjalankan penggambaran drama, dokumentari atau iklan untuk melakukan penggambaran mereka.
Jadi, mereka dibenarkan menjalankan penggambaran dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, bermula selepas Hari Raya ini.
Kerajaan perlukan masa untuk menilai
SOP ketat akan diperiksa oleh kerajaan sebelum dibenarkan mana-mana produksi menjalankan penggambaran. Bagaimanapun, keputusan untuk perkara ini masih dalam perbincangan terperinci dan menunggu persetujuan dari mesyuarat jawatankuasa NSC.
Buat masa ini, jawatankuasa NSC memerlukan masa untuk membuat penilaian yang melibatkan aktiviti berkumpul beramai-ramai, atau menonton wayang.
Kami belum mendapat keputusan tetapi kami perlu membuat keputusan setidaknya ada petunjuk sama ada diizinkan atau tidak. Sekurang-kurangnya mereka memerlukan tiga bulan untuk persiapan. Apa-apapun, kami harus menunggu keputusan jawatankuasa.
Sumber: Malay Mail