
Pelakon Datuk Remy Ishak berpendapat media sosial mampu menggangu emosi dan mental seseorang jika digunakan secara berlebihan.
Artikel Berkaitan: ‘3 Kali Dalam Seminggu, Tengok Keadaan’ – Remy Ishak Amalkan Mandi Air Garam, Buang Aura Negatif
Artikel Berkaitan: Remy Ishak Dedah Ragam Peminat, ‘Petik’ Nama Orang Lain Bila Nak Bergambar – ‘Pak Cik Saya Minat’
Terjebak dalam perdebatan media sosial

Ketika ditemui OhBulan!, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, berkongsi mengenai dirinya yang pernah terlibat membalas satu ciapan individu yang menjadi perdebatan.
Ada satu hari saya tak boleh tahan, saya balas juga.
Lepas itu saya sedar tindakan begitu tak bawa kebaikan.
Sejak itu, saya nekad untuk jauhkan diri daripada media sosial kecuali untuk tujuan kerja dan promosi naskhah lakonan.
Remy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Sumpah Ibuku yang diadakan di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.
Jauhkan diri daripada media sosial

Sementara itu, pelakon drama ‘Sumpah Ibuku’ tersebut akui selesa menjauhkan diri daripada penggunaan media sosial bagi memelihara kesihatan mentalnya.
Saya memang nak mengasingkan diri. Saya tak mahu terlalu aktif di media sosial kerana saya percaya kesihatan mental perlu dijaga.
Sebagai public figure, bila kita nampak sesuatu yang tidak tepat, memang kita tergerak hati nak bersuara.
Tapi bila bercakap pun, bukan semua orang akan setuju dan akhirnya ia beri tekanan kepada diri sendiri.
Sekadar info, Sumpah Ibuku ditayangkan di slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam hanya di slot Akasia TV3.
Penonton juga boleh menonton episod baharu di iQIYI, 1 jam selepas siaran di TV3, sama ada melalui laman web iQIYI atau aplikasi di Google Play dan App Store.
Bergenre drama kekeluargaan, Sumpah Ibuku menampilkan barisan pelakon ternama tanah air termasuk Izara Aishah, Liza Abdullah, Zara Zya, Syad Mutalib dan Syazwan Zulkifly.






![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)
