
Festival Gema Raya Putrajaya 2026 akan mencatat sejarah sebagai sambutan Raya terbesar yang pernah dianjurkan di puncak utama Putrajaya pada Februari tahun 2026.
Artikel Berkaitan: Malika Mega Music Festival 2025: Perayaan Budaya & Muzik Paling Berprestij Di Malaysia!
Artikel Berkaitan: Sasar Lebih 500,000 Pengunjung! Festival Bazar Raya Shah Alam Pilih Azlee Senario Sebagai Duta
Destinasi perayaan utama negara

Menurut Rayme Zainal selaku penganjur acara, pemilihan lokasi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kerana ia bukan sahaja simbolik malah dilengkapi teknologi canggih, yang menjadikannya sesuai untuk pelbagai persidangan dan acara bertaraf antarabangsa.
Rayme Zainal, yang juga merupakan Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd., menambah bahawa festival ini dijangka memberikan impak ekonomi yang besar.
Lebih 300 usahawan dijangka terlibat, manakala hampir 1,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan. Festival ini turut bertujuan menyerlahkan imej Putrajaya sebagai destinasi perayaan utama negara serta menarik pengunjung dari seluruh pelusuk tanah air.
Menjadi ruang pertemuan budaya, komuniti dan pelancongan, Gema Raya Putrajaya 2026@PICC bukan sekadar bazar tetapi turut mengangkat warisan negara menerusi busana kebaya dan batik Edisi Ramadan – Raya yang menjadi identiti seni tekstil negara.
Dengan sokongan pelbagai rakan rasmi, sebagai penganjur acara, kami mahu menjadikan festival ini satu pengalaman bermakna dan berimpak untuk masyarakat dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)
setiap kali menjelang Ramadan.
Festival ini akan mula dibuka kepada orang ramai mulai 15 Februari 2026 sehingga malam menjelang 1 Syawal, dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik dan gerai jualan.
Festival ini dianjurkan secara kolaboratif bersama PULSE Group dan PULSE Event Management (PEM) dan Pulse Grande Hotel Putrajaya bertindak sebagai hotel rasmi bagi festival tersebut.
Pada tahun 2025, pihak penganjur yang sama berjaya mencatat kejayaan melalui festival Anjung Syawal Putrajaya, yang menarik lebih sejuta pengunjung dengan menampilkan 330 gerai perniagaan dan mencatat jualan melebihi RM10 juta sepanjang 33 hari.
Rayme menjelaskan bahawa festival bertemakan ‘Lebih Tinggi, Lebih Meriah, Lebih Raya’ ini akan menjadi salah satu acara utama bagi menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026).
Menjadi ruang pertemuan budaya, komuniti dan pelancongan, Gema Raya Putrajaya 2026@PICC bukan sekadar bazar tetapi turut mengangkat warisan negara menerusi busana kebaya dan batik Edisi Ramadan Raya yang menjadi identiti seni tekstil negara.
Diuruskan oleh Grab & Go Cafe

Fokus utamanya terletak pada zon gastronomi, yang diuruskan oleh Grab & Go Cafe dengan sokongan kerjasama daripada Anjung E.A.T.S.
Ujarnya, E.A.T.S merupakan singkatan bagi ‘Experience, Appreciate, Taste & Share’ dan akan membawa bersama 20 usahawan yang menyajikan hidangan untuk berbuka, moreh, serta sahur dalam konsep ‘hilltop street food’ yang unik.
Turut menyerikan festival adalah program kerohanian seperti tazkirah dan solat terawih, persembahan seni budaya dan seni Islam, demonstrasi masakan, bengkel kraf, sesi ramah mesra selebriti, persembahan artis-artis terkenal serta konsert mini Syawal Showcase.
Persembahan runway, paparan tekstil dan kolaborasi bersama artisan juga dijangka menjadi tumpuan utama pelancong dalam dan luar negara selain menampilkan inisiatif Infaq Ramadan dan kempen kemanusiaan The Pelita
of Hope untuk bantuan kemanusiaan Palestin.Turut dirancang sambutan tradisi bersama komuniti dan pengunjung, Malam 7 Likur di mana pelita akan menerangi kawasan bukit sebagai simbol harapan dan perpaduan.
Rayme turut menjelaskan bahawa pengunjung tidak perlu risau tentang kemudahan ketika hadir ke PICC. Kawasan konvensyen ini menyediakan 1,200 ruang parkir percuma bagi pengunjung yang menunjukkan resit pembelian.
Terdapat juga surau yang luas dan selesa dengan kapasiti sehingga 300 jemaah pada satu-satu masa, memudahkan pengunjung menunaikan solat sepanjang bulan Ramadan.
Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai festival Raya ini, orang ramai boleh menghubungi talian +6013-5086807 / +6012-3637723 atau mengikuti Instagram rasmi di @GemaRayaPutrajaya@PICC dan @Raydiatesblue.







