Pengacara dan pereka fesyen Karl Shafek mengumumkan pemilihan kumpulan Alpha sebagai rakan kolaborasi yang terjadi secara kebetulan.

Artikel Berkaitan: ‘Darah Daging Sendiri Panggil Anj*ng, Hanya Kerana Aku Pertahankan Mak Abah’ – Karl Shafek

Artikel Berkaitan: Alpha Tak Pernah Gaduh Besar Sepanjang Empat Bulan Bersama, Utamakan Toleransi & Saling Pujuk-Memujuk

Kolaborasi bersama Alpha

Ketika ditemui OhBulan!, Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim memaklumkan bahawa dia sudah mula bekerjasama sejak kemunculan kumpulan Alpha dalam industri.

Identiti mereka sangat kena dengan DNA Neonate. Ramai peminat kata mereka nampak lebih matang, bergaya dan menonjol mengenakan rekaan kami.

Saya rasa Neonate memang sesuai dengan Alpha, lebih-lebih lagi dengan gaya tujuh ahli mereka yang memiliki karakter tersendiri.

Karl berkata demikian ketika ditemui pada Pelancaran Koleksi Love Story Neonate yang berlangsung di The Agam, Penchala, pada malam Sabtu.

Rekaan 10 tahun lalu

Berkongsi lebih lanjut, Karl mendedahkan bahawa salah satu koleksi pakaiannya diberi nama Alpha pada tahun 2015.

Untuk saya, ini bukan kolaborasi biasa.

Bayangkan 10 tahun lepas, saya keluarkan koleksi bernama Alpha.

Tiba-tiba harini datang pula Alpha dalam bentuk sebenar, dan mereka gembira memakai jenama saya.

Ia memang sesuatu yang sangat mengharukan.

Nama yang sama muncul semula dalam bentuk fizikal dan membawa peluang yang besar untuk jenama kami.

Sekafar info, penata gaya Korea Selatan memuji rekaan Neonate yang digayakan oleh ahli kumpulan pelantun lagu ‘Mona Lisa’ semasa penggambaran di sana.