
Pelakon Cristina Suzanne bersedia untuk mengambil cabaran menjayakan naskah dari mana-mana produksi luar negara.
Artikel Berkaitan: Christina Suzanne Cukup Seorang Anak, Tiada Perancangan Tambah – ‘Sudah Buat Saya Bahagia’
Artikel Berkaitan: Cristina Suzanne Tak Merajuk Dengan Industri, Masih Aktif Berlakon
Menunggu tawaran
Ketika ditemui OhBulan!, Cristina atau nama lengkapnya Cristina Suzanne Stockstill, 40, memaklumkan bahawa sepanjang bergelar pelakon dia belum menerima sebarang tawaran tersebut.
Namun, Christina tetap optimis menanti sebarang peluang untuk melebarkan sayapnya.
Setakat ini saya tak pernah lagi dapat tawaran daripada mana-mana produksi dari negara lain seperti dari Indonesia atau Thailand.
Mungkin suatu hari nanti akan ada, jadi kita kena berazam.
Kalau ada tawaran, saya nak sangat untuk mencuba sebab saya nak merasa budaya kerja di sana.
Selain itu, pelakon filem Babah ini juga sanggup untuk mempelajari bahasa asing andai diberikan peluang suatu hari nanti.
Saya juga sanggup untuk belajar bahasa mereka. Okay sahaja pada saya, sekurang-kurangnya ada kelainan dalam lakonan saya.Kalau kita pandai berbahasa lain, akan dapat peluang yang lebih cerah.
Christina berkata demikian ketika ditemui di sesi temu bual bersama selebriti dan tenaga pelajar TV Tuisyen yang berlangsung di Balai Berita, pada Isnin.
Bukan mudah

Bagaimanapun, Christina mengakui bukan mudah untuk menapak dalam industri seni di negara jiran, lebih-lebih lagi jika tiada kenalan di sana.
Contohnya kalau kita nak buat pengambaran di Jakarta atau pun Bangkok, kita perlukan seseorang yang dikenali di sana.
Itu akan memudahkan pengurusan kita, jadi semuanya akan mudah kalau ada kenalan di sana.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak tersebut menjadikan aktor Bront Palarae sebagai contoh selebriti yang berjaya mengembangkan bakat di Thailand dan Indonesia.




![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)

